
USD ni kalo tukar MYR memang kaya aku
Sejak kerja, perkataan ni la yang selalu berlegar-legar dalam kepala otak aku. Aku selalu buat research pasal increment ni. Pada pendapat peribadi aku, kadar kenaikan gaji ni sangat penting. Bagi orang yang memilih untuk berkerja di syarikat swasta macam aku ni, better korang kaji kadar kenaikan gaji di company yang korang kerja tu. Aku pasti ramai yang rasa teruja bila dapat starting salary MYR 2k untuk first job. Memang la, sapa tak teruja, aku pernah rasa, masyuk beb! Bulan-bulan boleh simpan seribu, afta tolak rumah, keta, makan minum semua. Tapi cuba bayangkan kalo korg da keje 20 tahun dan incrementnya sebanyak MYR 20 setahun. Tak ke naya. Tapi company yang aku keje dulu, memang bagus, bonus pun dapat. Aku resign sebab penat, nak rehat. Sekarang baru aku start balik, tapi tukar company la:-)
Tapi kalo korang keje kerajaan, memang korang tak serabut-serabut nak fikir, sebab dah ada standard kenaikan gaji. Ni kadar increment tebaru bawah Skim SBPA
Haaa..Memang masyuk laa. Tapi untuk orang yang kerja company swasta, dia ikut company. Ada company yang menyediakan kadar kenaikan gaji yang berpatutan. Ada jugak yang tak berapa berpatutan. Ada yang memang tak bagi langsung. Jadi, kalo korang da bertahun-tahun kerja tapi gaji tak berganjak-ganjak, bawak-bawak la bincang dengan bos. Tapi make sure la korang perform well. Kalo job performance tak bagus, jangan berangan la. Baik muhasabah diri dulu, sebelum kena muhasabah dengan bos. Benda ni boleh bawak bincang. Yang penting ada justifikasi yang logik.
Aku bukan nak ajak korang jadi materialistik. Bagi aku, orang yang bercakap pasal increment bukan la orang yang materialistik. Mereka cuma bercakap tentang hak. Lagipun aku rasa, kita tak kan bercakap tentang apa yang kita tak fikir dan tak kaji. Am I right? Orang yang mintak increment bukan la orang yang tak bersyukur. Tapi mereka tahu dan faham apa hak mereka. Cuma aku nak pesan, jangan la pasal increment sampai nak nak bermasam muka, bermogok-mogok, berdemo-demo. Be polite ok:-) daaa
No comments:
Post a Comment